Pada awalnya umat Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar & Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Parsi.
Koin awal yang digunakan oleh umat Islam merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah autoriti Khalifah Uthman, radiy’allahu anhu. Yang membezakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan sebahagian dari Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin.
Sebagaimana telah diketahui bersama, bahawa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara rasmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.
Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, iaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan selawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan kadang-kadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang rasmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.
Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin - koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.
Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.
Kredit : Ust. Hj Rafidi Hashim
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)~Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram (lebih tepat 2.975 g)
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut:
Sebagai contoh, harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham. Begitu juga bagi seekor kambing, dahulunya 1 dinar, kini masih lagi berharga 1 dinar.
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram (lebih tepat 2.975 g)
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut:
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. Inflasi sifar selama 1400 tahun.
Sebagai contoh, harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham. Begitu juga bagi seekor kambing, dahulunya 1 dinar, kini masih lagi berharga 1 dinar.
Rabu, 1 September 2010
Rabu, 25 Ogos 2010
Koleksi 002 (Dirham Kohalal)
Type: Silver Coin
Refinery: Koperasi Halal Hub Kedah (Kohalal)
Weight: 2.975 gram
Purity: 999 Silver
Refinery: Koperasi Halal Hub Kedah (Kohalal)
Weight: 2.975 gram
Purity: 999 Silver
Koleksi 001 (Dinar Muslim)
Alhamdulillah, petang tadi dah sampai dinar & dirham pertama saya yang telah dibeli dari Zubaidi a.k.a Korek Gold pada 24 Ogos 2010. Dinar ini akan dijadikan sebagai mas kahwin untuk bakal isteri saya. InsyaAllah kalau tiada aral melintang, majlis pernikahan kami akan diadakan pada 5 November ini di Kota Kinabalu, Sabah.
Type: Gold Coin
Refinery: Emirates Gold DMCC
Weight: 4.25 gram
Purity: 916 (22K) Gold
Cert: No
Casing: Round Plastic Cover
Refinery: Emirates Gold DMCC
Weight: 4.25 gram
Purity: 916 (22K) Gold
Cert: No
Casing: Round Plastic Cover
Bermulanya Minat Mengumpul Dinar
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bermulanya minat mengumpul dinar dan dirham ini setelah mendengar berita tentang pelancaran dinar dan dirham Kelantan pada 12 Ogos 2010M bersamaan 2 Ramadan 1431H yang lalu. Sebenarnya pendedahan kepada pentingnya menyimpan emas ini adalah sudah lama, tetapi belum betul-betul memahami dan menyedari yang ianya adalah kekayaan yang sebenar.
Pelbagai kajian dan pencarian dibuat, maka melalui pembacaan-pembacaan yang panjang dari pelbagai sumber maka dapatlah dirumuskan bahawa dinar dan dirham ini sangat bertepatan dan menarik minat saya untuk dijadikan koleksi dan juga memperolah keuntungan daripadanya.
Ok, satu contoh yang menarik penggunaan dinar yang saya perolehi ialah pada zaman Rasulullah S.A.W, 1 dinar dapat membeli seekor kambing dan pada hari ini setelah 1400 tahun berlalu, dengan 1 dinar (bersamaan lebih kurang RM600) kita masih dapat membeli 1 ekor kambing. Begitulah istimewanya dinar. Nilainya tidak susut ditelan inflasi seperti wang ringgit malahan semakin bertambah nilainya seiring masa yang berlalu.
Cuba kita fikirkan dengan menyimpan RM600 dalam bentuk wang ringgit sekarang, tidak perlu tunggu 1000 atau 100 tahun lagi, hanya dalam 10 tahun, RM600 yang kita simpan dalam bentuk wang ringgit tadi hanya bernilai RM 398 dengan kadar inflasi 4% setahun. Dan sudah tentu harga kambing yang berharga RM600 tadi tidak akan turun menjadi RM398, sebaliknya mungkin berharga RM1000!
Apa Kata Pakar Kewangan Mengenai Emas?
"Harga minyak yang tinggi don nilai dolar AS yang lemah menjadi punca peningkatan harga emas," Gary Yue, Delta Asia Financial Group. (Berita Harian — 11 Januari 2008)
Minat atau trend membeli emas khususnya oleh pelabur-pelabur global dijangka terus meningkat pada tahun ini ekoran fungsi komoditi tersebut sebagai penyimpan nilai yang kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda dunia ketika ini. (Utusan Malaysia — 11 Januari 2008)
Pakar Kewangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera ketika ditemui baru-baru ini pula berkata, emas merupakan penyimpan nilai kukuh sejakzaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu lagi.
"Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. "Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi;' tambahnya (Berita Harian — 11 Januari 2008)
Penganalisis Majlis Emas Sedunia (WGC) yang berpangkalan di Switzerland, Rhona O'Connell berkata, emas merupakan pelaburan paling selamat dalam ketidaktentuan ekonomi global sama ada akibat tekanan kewangan atau peperangan dan berfungsi sebagai pelindung nilai daripada tekanan inflasi." Kebimbangan yang berterusan mengenai peningkatan kadar inflasi dan ketegangan politik serta jangkaan kelemahan nilai dolor AS, harga emas dijangka terus melonjak pada tahun 2008," kata O'Connell menerusi laporan penyelidikannya, baru-baru ini. (Utusan Malaysia, 11 Januari 2008)
Sekian dulu untuk kali ini, sampai berjumpa lagi pada post yang akan datang.
Sekian.
p/s: CD tak sabar-sabar menunggu koleksi dinar & dirham pertama yang dibeli dari saudara Zubaidi a.k.a Korek Gold. InsyaAllah petang ni sampai la tu.
Langgan:
Catatan (Atom)